12 maut pesawat ringan terhempas

Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas.
Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas.
A
A
A

BOGOTA - Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di negeri Acre di barat laut Brazil, menurut pegawai.

Pesawat itu yang berlepas dari lapangan terbang Rio Branco terhempas di hutan hujan Amazon, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kerajaan pada Ahad.

Kesemua 12 penumpang meninggal dunia.

Syarikat penerbangan itu berkata, pesawat berkenaan terbakar sebaik terhempas. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!