Corak permainan pemain TFC memuaskan - Steinbruckner

Tomislav Steinbruckner
Tomislav Steinbruckner
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) sekadar berpuas hati dengan corak persembahan pemain skuad Penyu itu selepas seri 2-2 dalam aksi Liga Super menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur pada malam Ahad.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, pasukan mereka menguasai perlawanan awal permainan, namun melakukan beberapa kesilapan pada babak kedua sehingga menyebabkan Sri Pahang menyamakan kedudukan.

Beliau mengakui pasrah apabila keputusan tidak berpihak biarpun mendahului 2-0 babak pertama aksi terbabit.

"Kami mendominasi permainan pada babak pertama dan keadaan itu sangat bagus kerana kami kawal keseluruhan permainan.

"Tapi, separuh masa kedua, Pahang pula menunjukkan serangan dan berjaya menjaringkan dua gol dari jarak jauh," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya perlawanan itu di sini pada Ahad.

Pada aksi itu, pemain import TFC, Omid David Nazari menjaringkan gol pertama pada minit ke-25 dan beliau menambah koleksi gol peribadinya pada minit ke-71.

Pada minit ke-78 pemain Sri Pahang, Rafael Feital Da Silva menghukum kelalaian benteng pertahanan TFC apabila. menjaringkan gol pertama.

Selang dua minit selepas itu, kapten pasukan Sri Pahang, Sergio Fabian menjaringkan gol kedua untuk skuad Tok Gajah untuk memastikan tuan rumah tidak ketinggalan di halaman sendiri.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Tomislav memberitahu beberapa peluang diperoleh pada babak kedua untuk menambah jaringan, namun gagal disudahkan dengan sempurna.

Bagaimanapun, beliau bangga dengan usaha dipamerkan anak buahnya sehingga sehingga akhir perlawanan.

"Saya hanya mahu pemain saya bermain dalam satu pasukan dan kami lakukannya tadi (malam Ahad)," katanya.

Menjawab mengenai dakwaan TFC menyenaraikan barisan kedua berdepan Sri Pahang, Tomislav menafikan perkara itu.

"Ini bukan pasukan kedua kerana sebahagian besar pemain sangat berpengalaman dan banyak juga bermain.

"Mereka bermain sebagai satu perlawanan dan bermain enggan baik sebelum Sri Pahang menjaringkan dua gol,"ujarnya

Ketika ini, skuad Penyu berada di kedudukan keenam dengan mengutip 36 mata selepas mengharungi 23 perlawanan.