Presiden Brazil jatuh dalam bilik air

Jair Bolsonaro
Jair Bolsonaro
A
A
A

BRASILIA - Presiden Brazil, Jair Bolsonaro terpaksa dimasukkan ke hospital semalam selepas beliau terjatuh di kediamannya di ibu negara.

Media tempatan melaporkan Bolsonaro, 64, dipercayai tergelincir di dalam bilik air di kediaman rasmi presiden di Istana Alvorada.

Susulan kejadian itu, beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Angkatan Tentera untuk menjalani pemeriksaan saraf cranial, namun tidak menemukan sebarang kecederaan serius pada kepalanya.

Pemimpin sayap kanan itu terus dipantau di hospital antara enam dan 12 jam.

Sementara itu, Menteri Institusi Keselamatan, Augusto Heleno yang melawat Bolsonaro mengesahkan beliau berada dalam keadaan baik.

Beliau yang mengambil alih jawatan presiden pada 1 Januari lalu pernah mengalami kecederaan serius dalam akibat ditikam ketika berkempen pada tahun lalu.

Sejak itu, tahap kesihatannya terus mencetuskan tanda tanya banyak pihak malah beliau juga menjalani beberapa pembedahan akibat luka tikaman tersebut.

Awal bulan lalu, Bolsonaro memaklumkan beliau menjalani pemeriksaan barah kulit. - AFP

Artikel Berkaitan: