Kembali ke kabinet hanya khabar angin - Saravanan

Saravanan ketika berucap pada Konvensyen MIC Perak ke-77 di Ipoh pada Sabtu.
Saravanan ketika berucap pada Konvensyen MIC Perak ke-77 di Ipoh pada Sabtu.
A
A
A

IPOH - Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menyifatkan dakwaan bahawa namanya akan tersenarai dalam kabinet Kerajaan Perpaduan hanya khabar angin.

Menurut bekas Ahli Parlimen Tapah itu, keperluan membuat rombakan kabinet adalah kuasa mutlak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

"Itu kuasa mutlak Perdana Menteri, kita tidak sepatunya menekan perkara ini sebaliknya biar beliau membuat keputusan.

"Lagipun beliau tidak pernah bincang dan kita anggap ia sebagai khabar angin sahaja," katanya ketika ditemui pada Konvensyen MIC Perak ke-77 di Wisma Persatuan Bulan Sabit Merah di sini pada Sabtu.

Saravanan berkata, MIC akan terus menyokong kepimpinan Anwar demi membentuk kestabilan politik negara.

"Saya dan Tan Sri SA Vigneswaran (Presiden MIC) telah menyatakan kepada Perdana Menteri bahawa kita sentiasa menyokong kerajaan tanpa syarat," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Saravanan antara nama yang disebut-sebut akan kembali ke kabinet untuk meningkatkan sokongan masyarakat India kepada kerajaan.

Anwar pada 3 Oktober lalu memaklumkan bahawa beliau belum mempunyai keputusan berhubung rombakan kabinet seperti diperkatakan sesetengah pihak.

Artikel Berkaitan: