30 madrasah tahfiz terima alat pencegahan kebakaran

Syed Ibrahim (empat dari kanan) menyampaikan replika cek kepada wakil madrasah tahfiz disaksikan Mas Imran (tengah) pada penyerahan peralatan pencegahan kebakaran di pekarangan sebuah pasaraya di Jengka di sini, pada Jumaat.
Syed Ibrahim (empat dari kanan) menyampaikan replika cek kepada wakil madrasah tahfiz disaksikan Mas Imran (tengah) pada penyerahan peralatan pencegahan kebakaran di pekarangan sebuah pasaraya di Jengka di sini, pada Jumaat.
A
A
A

JENGKA - Sebanyak 30 madrasah tahfiz di Pahang menerima sumbangan RM82,000 menerusi projek Madrasah Impianku yang diadakan di pekarangan sebuah pasar raya di sini.

Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam berkata, sumbangan berkenaan bagi melengkapkan madrasah dengan peralatan pencegahan kebakaran.

"Sebelum ini, wang tunai sebanyak RM2,000 sudah diberikan kepada madrasah.

"Kali ini, kami sumbangkan peralatan pencegahan kebakaran seperti alat pengesan asap dan kebocoran gas, lampu, penggera kecemasan dan lain-lain.

"Dengan sumbangan ini secara tidak langsung mempertingkatkan ciri keselamatan serta risiko ancaman kebakaran di madrasah tahfiz di negeri ini," katanya ketika ditemui di pekarangan pasaraya Econsave di Jengka di sini pada Jumaat.

Mas Imran Adam
Mas Imran Adam

Program itu anjuran Pasaraya Econsave Cash And Carry dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCace) dan Persatuan Intitusi Tahfiz Al-Quran (Pinta).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad hadir bagi menyempurnakan sumbangan mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Artikel Berkaitan:

Mas Imran memaklumkan, setakat ini tabung madrasah impianku sudah berjaya mengutip dana sebanyak RM800,000.

Ujarnya, menerusi kutipan itu, sebanyak 184 madrasah telah dibantu menerusi tujuh jenis alatan kebakaran yang dibekalkan.

"Setiap madrasah dapat alat mencegah kebakaran mengikut keperluan," katanya.