Pasar raya jual daging katak?

Isi daging yang bentuknya seperti katak dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Isi daging yang bentuknya seperti katak dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
A
A
A

SELAYANG - [DIKEMAS KINI] Meloyakan apabila isi daging yang bentuknya seperti katak dikesan dijual di sebuah pasar raya di Selayang.

Gambar tersebut tersebar menerusi aplikasi Whatsapp didakwa kejadian berlaku pada pagi Selasa.

Menerusi gambar dikongsikan, didapati isi daging terbabit diletakkan dalam pinggan di bahagian ikan.

Difahamkan aduan telah dibuat kepada pihak pengurusan pasar raya yang telah mengambil tindakan berhubung isu tersebut.

Perkongsian sama memaklumkan, aduan juga telah dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pegawai KPDN ketika ditanya berhubung isu tersebut memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang aduan setakat ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!