Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan aktiviti belian semasa harga rendah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BURSA Malaysia ditutup tinggi pada Rabu berikutan aktiviti belian semasa harga rendah dengan lebih dua pertiga daripada komponen indeks utama meningkat, didorong oleh keadaan pasaran yang lebih tenang di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 6.86 mata kepada 1,442.51 daripada 1,435.65 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka meningkat 2.32 mata kepada 1,437.97 sebelum bergerak antara 1,437.82 dan 1,444.53 sepanjang sesi.

Di keseluruhan pasaran pula menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 447 berbanding 360, manakala 459 kaunter tidak berubah, 1,102 tidak diniagakan dan 20 lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan turun kepada 2.83 bilion unit bernilai RM1.78 bilion daripada 2.93 bilion unit bernilai RM1.94 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd, Kenneth Leong berkata, peningkatan itu turut didorong oleh cadangan kerajaan China untuk menerbitkan bon berdaulat bernilai satu trilion yuan dalam usaha untuk meningkatkan ekonominya.

"Pada masa depan, kami menjangkakan FBM KLCI akan meraih peningkatan seperti sesi sebelum ini di tengah-tengah situasi pasaran yang lebih tenang.

"Pelabur juga akan sentiasa membuat penilaian teliti terhadap keluaran data Indeks Harga Pengeluar Malaysia esok," katanya kepada Bernama.

Artikel Berkaitan:

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng pula meramalkan pelan rangsangan oleh China akan memberi kesan limpahan positif yang memberi manfaat kepada pasaran serantau termasuk Malaysia.

"Sehubungan itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan diniagakan dalam jajaran 1,435 hingga 1,450 untuk tempoh berbaki minggu ini," katanya.

Saham wajaran tinggi Bursa seperti Maybank meraih empat sen kepada RM9.00, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.16, CIMB meraih satu sen kepada RM5.69, Petronas Chemicals menambah 10 sen kepada RM7.25 dan Tenaga Nasional naik tiga sen kepada RM9.88.

Bagi saham aktif, Widad meningkat 4.5 sen kepada 47.5 sen, Leform menokok satu sen kepada 24 sen, Sarawak Consolidated meningkat setengah sen kepada 54.5 sen, manakala Kanger dan MQ Technology masing-masing tidak berubah pada 12.5 sen dan 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 46.99 mata kepada 10,638.32, Indeks FBMT 100 menokok 46.11 mata kepada 10,313.96 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 45.22 mata kepada 10,863.48.

Indeks FBM 70 meningkat 50.03 mata kepada 14,018.46 dan Indeks FBM ACE menokok 20.17 mata kepada 5,067.48.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.27 mata kepada 172.38, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 55.06 mata kepada 16,236.18 dan Indeks Perladangan naik 25.34 mata kepada 6,882.58.

Bagaimanapun, Indeks Tenaga rendah 1.82 mata kepada 872.03.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.55 bilion unit bernilai RM1.46 bilion daripada 1.83 bilion unit bernilai RM1.66 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran pula menokok kepada 400.99 juta unit bernilai RM52.67 juta daripada 322.59 juta unit bernilai RM39.82 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menambah kepada 867.82 juta saham bernilai RM257.89 juta daripada 766.74 juta saham bernilai RM235.04 juta sebelum ini.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 293.98 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (371.84 juta); pembinaan (134.52 juta); teknologi (209.50 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (48.71 juta); hartanah (197.08 juta); perladangan (22.85 juta); REIT (9.93 juta), dana tertutup (44,700); tenaga (95.23 juta); penjagaan kesihatan (43.04 juta); telekomunikasi dan media (23.36 juta); pengangkutan dan logistik (46.36 juta); dan utiliti (61.34 juta). - Bernama