Mangsa banjir di Perak meningkat

Anggota APM membantu memindahkan penduduk ke PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak selepas kediaman mereka dinaiki air. - Foto APM Hilir Perak
Anggota APM membantu memindahkan penduduk ke PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak selepas kediaman mereka dinaiki air. - Foto APM Hilir Perak
A
A
A

IPOH - Mangsa banjir di Perak meningkat hari ini dengan 245 orang daripada 77 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan di daerah Hilir Perak sebanyak 185 mangsa daripada 59 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak membabitkan penduduk Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9 Simpang Tiga, Batu 7, Batu 9, Batu 10 dan Lorong Sidang Osman.

"Sebanyak 41 mangsa daripada 15 keluarga dari Kampung Kilang Kacang dan Kampung Batu 9 Changkat Jong ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap.

"PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian pula menempatkan 19 mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Matang Tengah," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, ribut petir diramalkan berlaku petang ini di beberapa daerah antaranya Kinta, Kuala Kangsar, Muallim, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Perak Tengah.

Jabatan Kerja Raya Perak memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh sementara Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid dijadikan sebagai laluan alternatif. - Bernama

Artikel Berkaitan: