RM23,350 tunggu kaki pancing

Mohd Faizal (dua dari kiri) menyokong usaha Jom Ngail Keli bersama Muhammad Hafiz dalam pertandingan memancing Jom Ngail Keli, 5 November depan.
Mohd Faizal (dua dari kiri) menyokong usaha Jom Ngail Keli bersama Muhammad Hafiz dalam pertandingan memancing Jom Ngail Keli, 5 November depan.
A
A
A

RANTAU - Pertandingan memancing Jom Ngail Keli tawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM23,350 di Kolam Patin Desa PD, Rantau pada 5 November depan.

Pengurus kolam, Muhammad Hafiz Sheikh Taufik berkata, Kolam Desa Patin PD menjadi pilihan kerana keunikannya selain dihuni lebih 14 spesies ikan termasuk talapia merah/hitam, lampam, rohu, jelawat, lee koh, tongsan sisik kasar/halus, pacu, haruan, patin biasa/mekong, baung dan keli seberat 3 hingga 6 kilogram.

Katanya, juara bakal membawa pulang RM10,000, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga sebanyak RM1,000.

“Tempat keempat hadiah bernilai RM400, manakala 5 hingga 10 hadiah bernilai RM200, ke-11 hingga ke-20, RM150, ke-21 hingga ke-70 akan menerima RM120.

“Bagi hadiah spesies ikan lain (Hadiah Khas), juara akan menerima RM500, kedua (RM300), ketiga (RM200), keempat (RM150) dan kelima akan menerima RM100,” katanya.

Muhammad Hafiz berkata, yuran penyertaan ialah RM80 setiap joran dan sementara 500 peserta terawal akan mendapat baju-T percuma.

“Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia pada 4 November 2023 di lokasi pertandingan mulai jam 3 petang hingga 7 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 7 hingga 10 pagi.

“Selain pendaftaran pada 4 November nanti, peserta boleh juga membuat bayaran secara online di mana sebanyak 300 helai t-shirt disediakan untuk mendaftar awal.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi Dan Digital, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli akan merasmikan penutupan pertandingan memancing Jom Ngail Keli dan penyampaikan hadiah kepada pemenang nanti.

Malah beliau menyokong usaha yang dilaksanakan oleh penganjur Kolam Patin Desa PD sebagai aktiviti sihat dan riadah keluarga selain merapatkan hubungan sesama kaki pancing serta merancakkan ekonomi setempat terutamanya kawasan Linggi dan Port Dickson.

Katanya, beliau yakin matlamat pertandingan untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia mahupun agama, dapat dicapai melalui pertandingan memancing ini.

“Beliau menyeru kaki pancing sekitar Lembah Klang terutamanya Daerah Negeri Sembilan terutamanya kawasan yang berdekat seperti Port Dickson, Linggi, Seremban, Senawang, Rembau jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama merasaikan sendiri kolam yang hampir dua tahun tiada penganjuran dijalankan di sini," katanya.

Pertandingan ini akan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi urus setia di talian 012-3701717, 012-3494894, 013-2661077, 012-3554946 atau 012-2846811 atau layari laman sosial facebook.com/jorankl.