Pertandingan fotografi tawar hadiah wang tunai sehingga RM5,200

Mohd Fahmi (kanan) pada sidang akhbar yang diadakan Z Botanica Nicsmann di One Utama di sini pada Isnin.
Mohd Fahmi (kanan) pada sidang akhbar yang diadakan Z Botanica Nicsmann di One Utama di sini pada Isnin.
A
A
A

PETALING JAYA - NSP Studio Production dan Persatuan Peragawati dan Peragawan Fesyen Malaysia (MFMPA) menganjurkan Pertandingan Fotografi 2023 bertemakan Malaysia Destinasi Pilihan Utama.

Jurucakap penganjurnya, Mohd Fahmi Faiez Mohd Nor Azmi berkata, pertandingan fotografi yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhannya RM5,200 itu terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori DSLR/mirrorless dan kategori telefon bimbit.

Menurutnya, pertandingan yang bermula 1 hingga 23 Oktober ini terbuka kepada penyertaan seluruh rakyat Malaysia yang berminat.

“Keputusan akan diumumkan pada 29 Oktober di pusat membeli-belah Subang Parade di mana pada hari berkenaan turut diadakan bengkel dan pameran fotografi,” katanya pada sidang akhbar di Z Botanica Nicsmann di One Utama di sini pada Isnin.

Turut hadir Presiden MFMPA, Dr Jason Hee; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Rashidi Hasbullah dan Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandaran Gopal Krisnan.

Pertandingan Fotografi bertemakan Malaysia Destinasi Pilihan Utama anjuran NSP Studio Production dan MFMPA.
Pertandingan Fotografi bertemakan Malaysia Destinasi Pilihan Utama anjuran NSP Studio Production dan MFMPA.

Mohd Fahmi berkata, peserta boleh menghantar gambar menerusi QR Code di laman Facebook NSP Studio Production.

“Objektif utama penganjuran pertandingan adalah untuk memartabat elemen nilai dan budaya disamping mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama dunia,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, setiap foto yang dihantar mesti mempunyai elemen kebudayaan dan kesenian meliputi lokasi pelancongan dan juga makanan tradisi.

Sementara itu Jason Hee berkata, pertandingan berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang berikutan sambutan baik yang diterimanya setakat ini.

“Kita mengharapkan mereka yang meminati bidang seni fotografi menyertai pertandingan ini bagi menimba satu pengalaman baharu yang boleh memperkenalkan Malaysia di mata dunia,” ujarnya.