PRN Melaka: Cuaca diramal mendung sebelah pagi, ribut petir di beberapa tempat petang

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Nur Najwa Zainal Abidin melakukan persiapan akhir di tempat mengundi menjelang hari pengundian esok sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh hari ini. Foto Bernama

A
A
A

MELAKA - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kesemua tiga daerah di Melaka esok, yang akan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, bakal mengalami keadaan cuaca mendung pada sebelah pagi.

MetMalaysia menerusi portal rasminya juga meramalkan beberapa tempat di ketiga-tiga daerah itu, iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah, akan dilanda ribut petir pada waktu petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 675,166 pengundi biasa layak menjalankan tanggungjawab pada hari pengundian esok, dengan jangkaan keluar mengundi mencecah 70 peratus. - Bernama 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!