Air sungai melimpah, 50 penduduk Changkat Jong dipindahkan ke PPS

Seramai 50 penduduk dari 16 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Teluk Intan selepas kediaman mereka dilanda banjir sejak petang semalam. - Gambar APM
Seramai 50 penduduk dari 16 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Teluk Intan selepas kediaman mereka dilanda banjir sejak petang semalam. - Gambar APM
A
A
A

IPOH - Seramai 50 penduduk daripada 16 keluarga di Changkat Jong, Teluk Intan, kira-kira 100 kilometer dari ini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Padang Tembak malam tadi, selepas kediaman mereka dinaiki air ekoran air sungai melimpah akibat hujan lebat.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak berkata, kawasan yang terjejas ialah lorong Kedah, lorong belakang Klinik Desa Changkat Jong, Batu 9, Simpang 3 dan Batu 10.

"Puncanya adalah air Sungai Bidor melimpah akibat hujan lebat dari petang sehingga tengah malam pada hari Ahad di sebelah Batang Padang, Muallim. Air dari atas turun ke Sungai Bidor menuju ke Sungai Perak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata paras air Sungai Bidor setakat jam 7.30 pagi tadi berada pada paras bahaya dengan ketinggian 4.13 meter.

PPS itu dibuka sejak jam 7 malam tadi dan setakat ini cuaca dalam keadaan baik. - Bernama

Artikel Berkaitan: