5.26 hektar kawasan ladang kelapa sawit di Jasin terbakar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JASIN - Kawasan ladang tanaman kelapa sawit seluas 5.26 hektar daripada 20.23 hektar di Ladang Lembah Merlimau di sini, terbakar sejak semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan sehingga jam 10.30 pagi, 4.86 hektar atau 90 peratus daripada kawasan ladang yang terbakar berjaya dipadamkan.

JBPM Melaka memaklumkan menerima panggilan pada 4.03 petang semalam sebelum dua jentera dan sebuah pacuan empat roda dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin bergegas ke lokasi kejadian.

"Dua jentera melibatkan kekuatan 12 anggota daripada dua BBP berkenaan tiba di lokasi kejadian kira-kira sembilan minit kemudian, bagi memadamkan kebakaran dalam kawasan ladang kelapa sawit itu.

"Sehingga pagi ini, operasi memadam kebakaran masih diteruskan dan 90 peratus daripada kawasan yang terbakar berjaya dipadamkan," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: