'Nyawa sementara', 17 lagi trak bawa bantuan ke Genting Gaza

Konvoi trak bantuan kemanusiaan yang melintasi sempadan Rafah tiba di kemudahan penyimpanan di Khan Yunis di selatan Gaza pada Sabtu. - Foto AFP
Konvoi trak bantuan kemanusiaan yang melintasi sempadan Rafah tiba di kemudahan penyimpanan di Khan Yunis di selatan Gaza pada Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

GENTING GAZA - Bantuan kemanusiaan terdiri daripada 17 trak melintasi sempadan Rafah dari Mesir ke wilayah Gaza pada Ahad ketika rejim Zionis terus memperhebatkan kempen pengeboman.

Kebenaran itu diberikan sehari selepas kira-kira 20 trak membawa bekalan makanan, air dan ubat-ubatan ke Genting Gaza yang berdepan kepungan haram menyeluruh sejak lebih 10 hari lalu.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan kira-kira 100 trak sehari diperlukan untuk memenuhi keperluan kira-kira 1.4 juta penduduk Gaza yang kini kehilangan tempat tinggal.

Pada Sabtu, populasi Gaza menarik nafas lega selepas penghantaran pertama bekalan bantuan yang terkandas sejak lebih seminggu lalu akhirnya mendapat lampu hijau untuk memasuki wilayah tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: