Warga emas sanggup datang dari Ipoh demi #QuranHour For Gaza

Lokman (kiri) bersama isterinya, Nor Eda dan cucunya, Salwa Ardini Mohd Shaifuddin, 9, dan Nur Alia Humairah, 7, menyertai #QuranHour For Gaza di Kumpulan Karangkraf pada Ahad.
Lokman (kiri) bersama isterinya, Nor Eda dan cucunya, Salwa Ardini Mohd Shaifuddin, 9, dan Nur Alia Humairah, 7, menyertai #QuranHour For Gaza di Kumpulan Karangkraf pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Sepasang warga emas sanggup menempuh perjalanan selama tiga jam dari Ipoh, Perak ke Shah Alam di sini demi menyertai #QuranHour For Gaza di Kumpulan Karangkraf pada pada Ahad.

Lokman Adam, 60, bersyukur kerana diberi peluang bersama isteri dan dua cucunya menyertai program berkenaan.

Menurutnya, ini adalah kali pertama dia menyertai program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

“Kami memang sudah lama teringin hendak sertai program #QuranHour ini, selalu tengok di media sosial dan televisyen sahaja, jadi kebetulan menginap di rumah anak di Bandar Kinrara semalam, jadi boleh bawa cucu sekali hari ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Bekas Pengurus Lapangan Terbang Alor Setar yang datang bersama isterinya Nor Eda Abdullah Azizi, 60, itu berkata, pengisian program seperti itu penting untuk diceritakan kepada generasi baharu.

“Tanggungjawab kita adalah untuk pastikan generasi terutama di peringkat usia kanak-kanak dan remaja sudah terdidik untuk mempunyai sikap ambil tahu terutama dalam membela nasib saudara Islam yang ditimpa musibah.

“Kalau anak-anak tidak diberi pendedahan awal, kita khuatir suatu hari nanti mereka tidak kisah apa yang berlaku terhadap saudara Islamnya dan ianya bertentangan dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: