'Kita kena biasakan proses perundingan pasca pilihan raya walau berbeza parti’- Saifuddin

Saifuddin Abdullah. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Saifuddin Abdullah. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin politik perlu melaksanakan proses perundingan pasca pilihan raya untuk membincangkan perihal atau masalah yang dihadapi oleh rakyat walaupun berbeza parti.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, pelaksanaan tersebut penting bagi memastikan perbezaan politik tidak meruntuhkan kerjasama antara pemimpin dalam menangani isu rakyat.

Menurutnya, ahli politik tidak perlu mengeruhkan suasana sebaliknya, membawa parti dan pengikut ke titik tengah bagi mencapai kesepakatan dalam mencari persamaan meskipun berlainan ideologi.

"Walaupun berbeza parti tetapi kita boleh duduk semeja. Kalau tidak setiap bulan sesekali kita duduk bersama berbincang hal-hal rakyat daripada peringkat akar umbi, mereka akan nampak pemimpin mencari kesepakatan.

“Bagi mencari politik damai, pertama sekali ahli politik jangan mengeruhkan suasana dan kedua pengikut parti jangan terikut-ikut sebaliknya perlu berpada-pada. Jika kita memahami maksud damai maka orang politik berceramah pun ada panduan,” katanya.

Wacana Sinar edisi 440 bertajuk “Membangun politik damai” dihoskan oleh Ismail Adnan (kiri) menampilkan ahli panel Penyelidik Pakar, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kementerian Luar Negeri, Dr Murni Wan Mohd Nor (dua dari kiri); Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ahli MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (kanan) yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Beliau berkata demikian dalam siri Wacana Sinar ke- 440 yang bertajuk “Membangun politik damai” yang dihoskan oleh Ismail Adnan di Studio F Kumpulan Karangkraf, di sini pada Rabu.

Turut hadir, Penyelidik Pakar, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kementerian Luar Negeri, Dr Murni Wan Mohd Nor dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, menurut Saifuddin, perubahan politik di Malaysia mula menampakkan perubahan positif selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tambah beliau, proses penyatuan antara parti politik yang dahulu bermusuh kini menjadi rakan baik menunjukkan landskap politik baharu Malaysia berjalan dengan baik.

“Pasca politik Malaysia pada tahun 2018 telah berlaku perkembangan ke arah sentralisasi di mana orang boleh yang dahulunya bermusuh tetapi kini boleh bergaul.

“Saya rasa kita berada di landasan yang betul terutama selepas PRU14 pada tahun 2018,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!