Politik damai berkesan tapi boleh berlaku insiden negatif

Murni Wan Mohd Nor. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Murni Wan Mohd Nor. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaksanaan politik damai sejak penubuhan Malaysia dilihat berkesan tetapi boleh berlaku insiden negatif seperti Pakatan Harapan didakwa dilabel anti-Melayu yang mungkin akan menjejaskan pemerintahan negara.

Penyelidik Pakar, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) Kementerian Luar Negeri, Dr Murni Wan Mohd Nor berkata, mengikut sejarah penubuhan Malaysia, strategi itu dilaksanakan atas kerjasama gabungan politik yang berbeza agama atau kaum tanpa sebarang masalah.

“Amalan ini dilihat oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia dan sebagainya kerana pada ketika itu mereka tiada gabungan parti politik seperti ini.

“Malaysia telah pun melaksanakan politik damai, tidak dinafikan sejak itu memang ada insiden buruk yang berlaku sehingga menjejaskan politik negara dan inilah sebabnya ada label anti-Islam atau anti-Melayu,” katanya semasa Wacana Sinar edisi ke-440 bertajuk Membangun Politik Damai pada Rabu.

Program tersebut dihoskan oleh Ismail Adnan turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ahli MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

Wacana Sinar edisi ke-440 bertajuk Membangun Politik Damai dihoskan oleh Ismail Adnan (kiri), Murni Wan (dua dari kiri), Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (dua dari kanan) dan Ahli MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (kanan) yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Wacana Sinar edisi ke-440 bertajuk Membangun Politik Damai dihoskan oleh Ismail Adnan (kiri), Murni Wan (dua dari kiri), Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (dua dari kanan) dan Ahli MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (kanan) yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Tambah Murni, banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan politik damai dalam negara ini terutama golongan elit.

Jelasnya, mereka bukan sahaja daripada pemimpin atau parti politik, namun merupakan golongan media massa kerana mereka antara yang berpengaruh.

Artikel Berkaitan:

“Ada antara ahli politik cuba ambil kesempatan terhadap perasaan rakyat yang bukan sahaja warganegara tetapi luar negara kerana mereka senang dipermainkan terutama melibatkan isu-isu sensitif,” ujarnya.

Ditanya mengenai strategi politik paling popular untuk memenangi hati pengundi, Murni berkata, perancangan sesetengah ahli politik yang menggunakan sentimen perkauman atau keagamaan dianggap berkesan.

Bagaimanapun, jelasnya, tindakan itu akan memberi impak negatif terhadap pengikut politik atau masyarakat.

“Strategi ini turut dilakukan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang memainkan sentimen tersebut dan diikuti pemimpin-pemimpin negara Barat lain.

“Jadi, sekiranya ada ahli politik yang nak keluarkan kenyataan berbaur hasutan, itu akan membawa impak negatif dalam kalangan rakyat kita sendiri kerana mereka tidak akan bertindak balas dengan kenyataan positif,” katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!