Pas sasar tawan Perak, Pahang

Perwakilan menghadiri perbahasan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat Kali Ke-62 di IDCC. - Foto: Bernama
Perwakilan menghadiri perbahasan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat Kali Ke-62 di IDCC. - Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pas perlu merangka strategi bagi menguasai Perak dan Pahang selain mengekalkan empat negeri yang telah dikuasai iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkata, usaha itu bagi menambah bilangan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Cabaran kita ada ialah untuk menguruskan empat negeri diberi amanah kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN).

“Selain empat negeri ini, Pas mesti merangka di semua negeri untuk move forwards to the next level untuk menguasai sekurang kurangnya satu negeri lagi sama ada Perak atau Pahang.

"Kalau Perak tak dapat kita pergi Pahang, kalau dapat dua-dua lagi bagus," katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini pada Ahad.

Sanusi berkata, kepimpinan Pas di kawasan juga diingatkan supaya tidak bertelingkah dan pusat khidmat wakil rakyat juga perlu membuat penyesuaian semula supaya tidak bertembung sesama sendiri.

"Pas kawasan dan Pas negeri jangan tinggalkan wakil rakyat sendiri mengatur langkah. Kedua- dua mesti bersama menggerakkan kerja di lapangan.

"Pusat wakil rakyat juga perlu diperkasakan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Sanusi mendesak, persempadanan kawasan pilihan raya dilaksanakan pihak bertanggungjawab setiap 10 tahun.

"Ini yang perlu diambil berat dalam Pas supaya persempadanan kawasan pilihan raya dibuat, dan ia tidak memberi kelebihan kepada parti lawan," katanya.