X

Kindly register in order to view this article
!

Denggi ragut 10 nyawa di Negeri Sembilan

Gambar hiasan
A
A

SEREMBAN - Jumlah kes demam denggi di Negeri Sembilan terus mencatatkan peningkatan kepada 2,205 kes sejak 1 Januari sehingga 14 Disember lepas dengan 10 kematian berbanding empat kematian daripada 1,740 kes yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes denggi di negeri ini meningkat sebanyak 26.7 peratus.

"Taburan kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah sebanyak 1,763 kes di daerah Seremban, Port Dickson (103), Tampin (101), Jempol (79), Rembau (60), Jelebu (50) dan Kuala Pilah (49)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak lapan lokaliti wabak dikesan masih aktif dengan tujuh daripadanya di daerah Seremban manakala satu di Kuala Pilah setakat 14 Disember lepas.

"Ia melibatkan kawasan di Seremban iaitu Taman College Height, Taman Desa, Taman Desa Ria, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Taman Angsamas, Taman Desa Rhu, Kampung Baru Rasah manakala di Kuala Pilah hanya melibatkan Taman Bahagia Delima," katanya.

Beliau berkata, ekoran peningkatan bilangan kumulatif kes denggi, aktiviti pencegahan dan kawalan telah dipergiatkan dan diperhebatkan termasuk menjalankan aktiviti mencari dan musnah tempat pembiakan aedes.

"Selain itu, aktiviti memusnahkan larva, semburan asap, Ops Gempur Aedes, promosi kesihatan dan gotong-royong melibatkan pihak masyarakat turut diadakan," katanya.

Bagi mengurangkan penularan serta mengelak peningkatan demam denggi, beliau berkata, orang ramai digesa agar menjaga kebersihan di sekitar kawasan perumahan masing-masing.

Selain itu, beliau menasihatkan individu yang ingin melakukan aktiviti luar semasa waktu puncak gigitan aedes dari jam 5 pagi hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 8 malam supaya memakai pakaian cerah dan berlengan panjang serta menggunakan bahan pencegah nyamuk. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!