Ikmal Hisham terkejut terima permohonan maaf jurugambar PM

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, jurugambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Sadiq Asyraf membuat permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz susulan dakwaan menghisap rokok elektronik atau vape di dalam Dewan Rakyat.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, jurugambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Sadiq Asyraf membuat permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz susulan dakwaan menghisap rokok elektronik atau vape di dalam Dewan Rakyat.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mengakui terkejut dengan permohonan maaf yang dikemukakan jurugambar kepada Perdana Menteri iaitu Sadiq Asyraf berhubung gambar kontroversi menghisap rokok elektronik atau vape di Parlimen, September lalu.

Menurut Ikmal Hisham, beliau bagaimanapun positif dengan permohonan maaf itu kerana masih dalam perbincangan penyelesaian secara baik dengan Sadiq.

ARTIKEL BERKAITAN:Ikmal Hisham nafi dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham sedia dihukum jika bersalah

"Saya anggap positif walaupun terkejut kerana masih lagi di peringkat perbincangan untuk menyelesaikannya secara baik memandangkan saya tidak pernah hisap vape dan bukan perokok.

"Pen tersebut di letak dibibir secara spontan untuk seketika sahaja," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada petang Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN:Ikmal Hisham gesa Speaker panggil, tegur jurugambar PM

Sebelum ini, Sadiq membuat permohonan maaf kepada ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) itu menerusi satu hantaran di laman sosial X pada Jumaat susulan tersebar satu gambar kontroversi yang mendakwa Ikmal Hisham sedang menghisap vape di dalam Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Saya memohon maaf kepada saudara Yang Berhormat Datuk Seri (Ikmal Hisham) sekiranya ada salah tanggapan bahawa objek yang dipegang beliau adalah vape.

ARTIKEL BERKAITAN:Ikmal Hisham buat laporan polis terhadap jurugambar PM

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh hisap vape: Ikmal Hisham pertimbang saman jurugambar PM

“Berharap agar segala salah faham kini telah diselesaikan secara harmoni,” tulisnya.

Terdahulu, Ikmal Hisham menafikan tuduhan yang beliau menghisap vape di Parlimen dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sadiq.

ARTIKEL BERKAITAN:Jurugambar Anwar mohon maaf kepada Ikmal Hisham