Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham sedia dihukum jika bersalah

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz bersedia untuk dikenakan hukuman mengikut peraturan Dewan Rakyat jika terbukti bersalah seperti dakwaan tular beliau menghisap rokok elektronik (vape) di Parlimen pada 19 September lalu.
Ikmal Hisham berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh dalam proses menyelidik insiden berkenaan.
Menurutnya, beliau telah menyerahkan memo penjelasan berkenaan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin di Parlimen pada jam 3 petang hari ini.
“Pada 21 September lalu, saya telah menerima satu surat daripada Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat yang meminta penjelasan mengenai kejadian menghisap vape di dalam dewan rakyat pada 19 September.