PDRM tamat kemarau 32 tahun juarai Ragbi Piala Agong

Pasukan PDRM dinobatkan sebagai juara Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi-39 selepas menewaskan juara bertahan, Putrajaya 29-22 pada final di Stadium Ragbi Perak di Ipoh pada Sabtu.
Pasukan PDRM dinobatkan sebagai juara Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi-39 selepas menewaskan juara bertahan, Putrajaya 29-22 pada final di Stadium Ragbi Perak di Ipoh pada Sabtu.
A
A
A

PASUKAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya menamatkan kemarau 32 tahun apabila menjuarai Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi-39 selepas menewaskan juara bertahan, Putrajaya 29-22 pada final di Stadium Ragbi Perak di Ipoh pada Sabtu.

PDRM mendominasi permainan apabila mendahului pada babak pertama dengan 7-0 sebelum menamatkan perlawanan separuh masa pertama dengan 24-7 mengatasi Putrajaya.

Bersambung babak kedua, minit awal permainan, pasukan Putrajaya cuba bangkit dan hasilnya mereka berjaya mengejar PDRM dengan 24-17.

Asakan demi asakan menyaksikan Putrajaya berjaya merapatkan jurang kepada 24-22 ketika perlawanan memasuki minit ke-60.

Namun semangat juang PDRM menyaksikan mereka layak dinobatkan juara apabila berjaya mengatasi Putrajaya 29-22.

Keputusan kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Putrajaya menjadi naib juara.

Pasukan Putrajaya menjadi naib juara Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi-39 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Ragbi Perak di Ipoh pada Sabtu.
Pasukan Putrajaya menjadi naib juara Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi-39 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Ragbi Perak di Ipoh pada Sabtu.

Sementara itu, Sabah mengakhiri saingan di tempat ketiga selepas mengatasi Kuala Lumpur 69-19 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, PDRM kali terakhir menjuarai gelaran Piala Agong pada 1991.

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkenan hadir menyaksikan perlawanan akhir, turut menyampaikan hadiah kepada PDRM dan Putrajaya.

Juara membawa pulang piala pusingan, piala iringan beserta wang tunai berjumlah RM20,000 manakala naib juara RM15,000 dan RM10,000 bagi tempat ketiga.

Pemain terbaik perlawanan pula diberikan kepada pemain PDRM, K Dinesvaran.