SJAM lancar kempen beli gula-gula sambil menderma

See Ming (enam dari kiri) selepas menandatangani MoU bersama syarikat gula-gula, Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd di Ayer Keroh pada Sabtu.
See Ming (enam dari kiri) selepas menandatangani MoU bersama syarikat gula-gula, Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd di Ayer Keroh pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Persatuan St John Ambulans Malaysia (SJAM) menggunakan pendekatan membantu orang ramai menerusi kempen membeli gula-gula sambil menderma.

Pengerusinya, Datuk Lai See Ming berkata, usaha itu diambil bagi membantu SJAM daripada segi pembiayaan operasi dan logistik dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Menurutnya, sebagai organisasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mendapat sebarang keuntungan, SJAM akan mengumpul dana menerusi pelbagai aktiviti dan penglibatan syarikat korporat, termasuk syarikat Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd.

"Kita memberikan perkhidmatan 24 jam dan tujuh hari seminggu untuk ambulans, hemodialisis, latihan bantuan awal 999, pertolongan cemas dan khidmat masyarakat.

"Jadi dengan adanya kerjasama ini wang sebanyak 20 sen bagi setiap gula-gula khas yang dilancarkan sempena kerjasama tersebut akan disumbangkan kepada SJAM," katanya.

See Ming berkata demikian selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) 'Berkhidmat Untuk Masyarakat' bersama syarikat gula-gula, Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd di Ayer Keroh di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.

Tambahnya, kempen berkenaan menyasarkan setiap lapisan masyarakat untuk membeli gula-gula keluaran khas bagi kerjasama itu seperti Himalaya Vajomba Altice Fresh Mints, dalam membudayakan amalan menderma.

Artikel Berkaitan: