Mapim lancar kempen boikot barangan AS, Israel

Mohd Azmi
Mohd Azmi
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) melancarkan Kempen Boikot, Alih Pelaburan dan Sekatan (BDS) ke atas barangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel kerana agenda negara berkenaan yang mahu melenyapkan Palestin dimuka dunia.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, individu perlu menggunakan kuasa pengguna sebagai senjata paling berkesan dalam operasi Gelombang Pengguna Anti Zionis untuk menunjukkan penentangan terhadap AS sebagai pembiaya Israel.

“Sudah sampai masanya kuasa pengguna dunia diguna untuk melumpuhkan AS, Israel dan konco-konco mereka.

Setiap ringgit atau sen yang dibelanja untuk barangan negara ini menyumbang kepada kejahatan ke atas Palestin.

“Kuasa pengguna tidak harus terhad hanya kepada isu hak berkenaan semata-mata tetapi perlu menjadi sebuah kekuatan dalam menegakkan keadilan dan menjadi kekuatan menyanggah kuasa imperialis - kapitalis bagi membela nasib yang tertindas.

“Setiap nyawa Palestin gugur akibat pengguna yang menyumbang kepada ekonomi AS dan Israel akan dipertanggungjawabkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sinar Harian pada Rabu lalu melaporkan angka kematian di Gaza kini meningkat hampir 1,000 dalam serangan yang memasuki hari keempat, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Memetik laporan CNN, kementerian itu berkata, kira-kira 950 orang terbunuh manakala 5,000 lagi cedera dalam serangan ke atas Gaza itu.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mohd Azmi, negara-negara perlu beralih daripada bergantung perdagangan dengan AS sebaliknya membina alternatif perdagangan dunia kerana kuasa hegemoni dan monopoli negara berkenaan terhadap ekonomi perlu dinoktahkan.

“Standard moral yang diguna AS dan Israel harus dihumban dan tekanan ekonomi serta politik perlu dikenakan ke atas kedua-dua negara teroris ini,” ujarnya.