Banjir kilat di Zoo Negara: Oyen, haiwan lain selamat

Kehadiran ‘Oyen’, kucing yang tular ‘bersahabat’ baik dengan tikus gergasi, Capybara telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara hingga melebihi 3,000 orang pada hujung minggu. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kucing Oyen yang menjadi 'Star of Zoo Negara' bersama haiwan lain dilapor selamat daripada kejadian banjir kilat yang melanda kawasan itu pada petang Rabu.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, kejadian yang berlaku ekoran hujan lebat berterusan itu tidak seteruk yang pernah berlaku sebelum ini.

"Sewaktu kejadian pada jam 5 petang, kakitangan zoo belum balik lagi dan mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Rosly (tengah) bersama anggota Balai Bomba Sukareka Gombak dan MPAJ membersihkan Zoo Negara yang dilanda banjir kilat pada Rabu
Rosly (tengah) bersama anggota Balai Bomba Sukareka Gombak dan MPAJ membersihkan Zoo Negara yang dilanda banjir kilat pada Rabu

"Semua haiwan dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar dari kawasannya, namun dapat diselamatkan dan dimasukkan semula oleh kakitangan.

“Begitu juga dengan kucing ‘Oyen’ yang ditemui di kawasan tinggi berhampiran kandang capybara. Kami percaya ketika kejadian, Oyen menyelamatkan diri dengan memanjat tempat selamat,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Rosly berkata, kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas telah dilakukan oleh kakitangan zoo dengan kerjasama daripada Balai Bomba Sukarela Gombak serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya. (MPAJ)

"Proses pembersihan telah dilaksanakan sehingga jam 11.30 malam. Terima kasih kepada pihak yang terlibat membantu Zoo Negara. Tanpa mereka kerja-kerja pembersihan itu tidak akan dapat siap.

Artikel Berkaitan:

Rosly (lima dari kiri) bersama anggota Balai Bomba Sukareka Gombak dan MPAJ selepas membersihkan Zoo Negara yang dilanda banjir kilat pada Rabu
Rosly (lima dari kiri) bersama anggota Balai Bomba Sukareka Gombak dan MPAJ selepas membersihkan Zoo Negara yang dilanda banjir kilat pada Rabu

“Untuk pengetahuan, zoo juga dibuka seperti biasa hari ini,” katanya.

Sebelum ini kisah Oyen yang bersahat baik dengan tikus gergasi capybara telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara hingga melebihi 3,000 orang pada hujung minggu.

'Star of Zoo Negara' itu mempunyai populariti luar biasa susulan keunikan persahabatannya dengan capybara sejak tiga tahun lalu.