Banjir kilat di Tel Aviv, serangan darat Gaza ditunda

Keadaan banjir di Tel Aviv yang dikongsikan di X. - Agensi
Keadaan banjir di Tel Aviv yang dikongsikan di X. - Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Ibu kota negara haram Israel, Tel Aviv bergelut dengan banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat semalaman.

Cuaca buruk itu menyebabkan banyak kenderaan ditenggelami air atau dihanyutkan arus deras.

Difahamkan, banjir kilat secara tiba-tiba itu telah memaksa pihak berkuasa Israel menangguhkan serangan darat besar-besaran di utara Gaza kerana kesukaran bergerak.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa kenderaan rosak akibat banjir kilat.

Malah, banjir kilat tersebut menyukarkan pergerakan di Tel Aviv dan kawasan berhampiran di Herzliya. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!