Lubuk scam: TCLC, UiTM Perlis, Huayan buat kajian kesedaran rakyat

Kajian mengenai kesedaran rakyat Malaysia terhadap lubuk penipuan (scam).
Kajian mengenai kesedaran rakyat Malaysia terhadap lubuk penipuan (scam).
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Kajian Sosial dan Polisi Tun Tan Cheng Lock (TCLC) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) memulakan kajian khas untuk memastikan kesedaran rakyat terhadap lubuk penipuan (scam) yang semakin berleluasa.

Kajian dijalankan bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dan Pusat Kajian Cina Malaysia (Huayan) turut mendapat sokongan media tempatan antaranya Sinar Harian, Sin Chew Daily, Astro Awani, The Star dan Malaysia Nanban.

Pengerusi TCLC, Profesor Madya Chin Yee Mun berkata, tujuan kajian adalah untuk mengetahui sama ada rakyat Malaysia sedar situasi jenayah yang semakin membimbangkan, menganalisis persepsi terhadap risiko terhadap keputusan mereka sendiri dan pendapat mengenai langkah yang boleh diambil kerajaan.

Katanya, peserta kajian dapat berkongsi pandangan mereka dengan mengimbas kod QR yang disertakan.

"Ini kerana ramai dalam kalangan masyarakat menjadi mangsa penipuan kumpulan jenayah itu dan terbaharu, beberapa rakyat negara ini diselamatkan daripada penculik di Peru," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Peserta kajian boleh berkongsi pandangan mereka dengan mengimbas kod QR yang disertakan.
Peserta kajian boleh berkongsi pandangan mereka dengan mengimbas kod QR yang disertakan.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa mendakwa ditipu dan akhirnya ditahan di lubuk scam selepas tergoda dengan peluang pekerjaan lumayan.

Artikel Berkaitan:

"Sebahagian mangsa pula berakhir di lubuk scam selepas menerima jemputan menyertai program jelajah manakala ada terpedaya dengan hubungan percintaan palsu," katanya.

Sehingga kini, katanya, tiada program konkrit dimulakan pihak berkaitan untuk menghalang orang ramai daripada menjadi mangsa sindiket kerana kebanyakan usaha tertumpu kepada penghantaran pulang ke negara asal.

"Ketiadaan program kemungkinan disebabkan rakyat negara ini tidak menyedari mereka ditipu dan secara sukarela meninggalkan negara untuk memulakan ‘kerjaya yang menguntungkan’, ‘program pelancongan’ atau ‘perhubungan romantik’," katanya.