Muip sedia 'pancing', bantu asnaf keluar dari kemiskinan

Unit Pembangunan Asnaf di bawah MUIP sentiasa membantu usahawan asnaf khususnya dalam memastikan produk mereka mendapat liputan pemasaran meluas. Gambar kecil: Asmadi
Unit Pembangunan Asnaf di bawah MUIP sentiasa membantu usahawan asnaf khususnya dalam memastikan produk mereka mendapat liputan pemasaran meluas. Gambar kecil: Asmadi
A
A
A

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) membantu 53 asnaf melalui penglibatan dalam bidang perniagaan bagi mengeluarkan golongan berkenaan daripada garis kemiskinan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, seramai 38 asnaf menerima kemudahan seperti barangan dan peralatan manakala baki 15 lagi menerima suntikan modal.

"Kita sudah belanjakan hampir RM155,176 bagi menyediakan kemudahan peralatan kepada usahawan asnaf untuk mereka mengembangkan perniagaan.

"Sebanyak RM29,185 pula bantuan modal dan ia telah salur kepada 15 asnaf yang telah dikenal pasti.

'Selain itu, kita juga memastikan kesemua asnaf diberikan kursus dan latihan usahawan di negeri ini," katanya pada Selasa.

Beliau memaklumkan, Unit Pembangunan Asnaf di bawah Muip sentiasa membantu usahawan asnaf khususnya dalam memastikan produk mereka mendapat liputan pemasaran meluas.

Ujarnya, bagi tujuan itu,Institut Piawaian Dan Penyelidikan Malaysia (SIRIM) juga membantu usahawan asnaf bagi memperkasakan produk mereka dengan menyertai kursus penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan.

"Mereka ini mempunyai produk bermutu dan berpotensi untuk diketengahkan melalui kaedah penjenamaan dan pelabelan yang mengikut piawaian dan spesifikasi yang tepat," katanya.

Asmadi menegaskan pihaknya sentiasa komited dalam membangun dan memperkasakan usahawan asnaf bagi melahirkan lebih ramai lagi asnaf yang berjaya serta kompeten ke arah pembentukan ekonomi yang lebih mampan.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan terus membantu golongan asnaf yang berminat menjalankan perniagaan, kita bukan sahaja menyediakan bentuk bantuan tetapi juga khidmat nasihat dan peluang pemasaran.

“Kita mengambil pendekatan dengan cara menyediakan pancing dan tidak memberi ikan dalam usaha menarik keluar golongan asnaf daripada status kemiskinan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!