AEON BiG tawar Proton X50 sempena ulang tahun ke-11

Sheikh Farouk (dua dari kiri) menunjukkan hadiah utama Proton X50 Flagship kepada pelanggan bertuah. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Sheikh Farouk (dua dari kiri) menunjukkan hadiah utama Proton X50 Flagship kepada pelanggan bertuah. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

AEON BiG menawarkan Proton X50 Flagship menerusi peraduan Shop More Win More sempena sambutan ulang tahun ke-11 operasi.

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, kempen berlangsung bermula 19 Oktober hingga 18 November 2023 turut menawarkan dua model Proton Saga Premium sumbangan Proton selaku penaja platinum kempen.

Menurutnya, sambutan ulang tahun ini tambah istimewa dengan tawaran pelbagai hadiah menarik lain termasuk barangan elektrik dengan hadiah keseluruhan bernilai RM211, 000.

"Kami amat berbesar hati meraikan ulang tahun ke-11 yang indah bersama pelanggan dan rakan perniagaan kami.

"Selain Proton, rakan pernigaan lain yang turut serta dalam meraikan kempen ulang tahun ini termasuk Gold Sponsors - Nestle Products Sdn Bhd, Felda Global Ventures, Mamee Double Decker dan Tyson Malaysia.

"Turut serta dalam kempen ini ialah 130 rakan niaga AEON BiG yang merupakan penyumbang aktif kempen ulang tahun ini," katanya pada sambutan ulang tahun AEON BiG ke-11 di AEON BiG Wangsa Maju pada Selasa.

Sheikh Farouk. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Sheikh Farouk. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Turut hadir, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin.

Artikel Berkaitan:

Sheikh Farouk berkata, peraduan itu terbuka kepada semua pelanggan dengan berbelanja minima RM111 pada satu resit layak menghantar penyertaan.

"Sebarang pembelian produk penaja akan melayakkan setiap pelanggan mendapat penyertaan berganda manakala pelanggan yang berbelanja sehingga RM333 akan berpeluang menggandakan peluang mereka sehingga enam penyertaan.

"Secara keseluruhan, kami turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus ke atas produk terpilih sepanjang tempoh kempen dan pelanggan juga boleh menikmati ganjaran setiap minggu dengan AEON BiG Gift Card bernilai RM100 untuk pemenang bertuah," katanya.

AEON BiG (M) Sdn Bhd ditubuhkan sejak 1 November 2012 kini memiliki 21 pasar raya besar seluruh negara.

Sheikh Farouk pada pelancaran kempen Shop More Win Moreyang menawarkan hadiah utama Proton X50 Flagship. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Sheikh Farouk pada pelancaran kempen Shop More Win Moreyang menawarkan hadiah utama Proton X50 Flagship. - FOTO SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

AEON BiG merupakan sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan operasi di Asean.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!