AEON BiG, Daia jalin kerjasama jayakan kempen ‘Tindakan Kecil, Perubahan Besar’

Sheikh Farouk (tengah, kiri) dan Lisa Surihani (tengah) menyampaikan RM 20,000 kepada tiga rumah anak yatim yang bekerjasama dengan Daia.
Sheikh Farouk (tengah, kiri) dan Lisa Surihani (tengah) menyampaikan RM 20,000 kepada tiga rumah anak yatim yang bekerjasama dengan Daia.
A
A
A

KEMPEN ‘Tindakan Kecil, Perubahan Besar’ anjuran Daia dengan kerjasama AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) yang dilancarkan sejak Mei lalu berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM20,000 untuk disalurkan kepada tiga rumah anak yatim.

Kempen tersebut dibina atas keyakinan bahawa setiap bakti yang ditaburkan mampu mencetuskan perubahan signifikan menerusi inisiatif sumbangan 50 sen dari setiap pembelian produk Daia, termasuk Daia Hijab All Day Freshness.

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamad berkata, pihaknya berbesar hati apabila menjadi platform bagi menjayakan kempen berkenaan bagi memupuk sifat pemurah dalam kalangan masyarakat.

“Tiga rumah anak yatim yang bekerjasama dalam kempen ini ialah Rumah Aman Children’s Home, Rumah Hope dan House of Joy yang terletak di Selangor.

“Tumpuan strategik terhadap usaha memperkasakan kanak-kanak dari ketiga-tiga rumah anak yatim ini bukan sahaja membuktikan keikhlasan komitmen dalam memupuk aspirasi dan impian anak-anak ini.

“Malah menekankan tentang komitmen jenama itu yang tidak berbelah bahagi dalam usaha membentuk komuniti yang penuh pengasih dan penyayang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kempen yang dilancarkan di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya itu merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) AEON BiG sebagai tanda keprihatinan syarikat berkenaan membantu golongan memerlukan khususnya anak-anak yatim.

Antara CSR lain yang pernah dijalankan oleh syarikat itu ialah program bersama Orang Asli, penanaman pokok, pembersihan pantai, majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan program bubur lambuk.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, Lisa Surihani turut hadir sebagai duta produk pencuci pakaian dan penjagaan rumah terkemuka, Daia untuk menjayakan acara itu menerusi perkongsian kisah-kisah berinspirasi yang menyentuh hati.

“Mesej yang disampaikan oleh beliau selari dengan komitmen teras Daia dalam memupuk anak-anak kecil dan menggaris misi jenama dalam meraikan detik-detik yang dianggap biasa tetapi amat bermakna ini,” ujarnya.