Busana diperaga Naomi Campbell, Rizman Ruzaini cipta sejarah

Ruzaini (kiri) bersama Campbell dan Rizman.
Ruzaini (kiri) bersama Campbell dan Rizman.
A
A
A

DUO pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini melakar sejarah tersendiri apabila model dan pelakon, Naomi Campbell memperagakan busana ciptaan mereka di Dubai Fashion Week.

Rizman dan Ruzaini sebelum itu menampilkan 60 busana rekaan mereka bertemakan 'Spring/Summer 2024' dengan mengambil ilham daripada legenda rakyat iaitu Naga Seri Gumum; kisah seekor naga tidur di Tasik Chini, Pahang.

Campbell muncul mengayakan busana terakhir yang padat dengan sulaman manik halus sambil berpegangan tangan bersama Rizman dan Ruzaini.

"Impian jadi kenyataan," tulis mereka ringkas menerusi akaun Instagram.

Acara yang diadakan secara tertutup itu turut dihadiri selebriti dari dalam dan luar negara.

Rata-rata selebriti dan pereka fesyen tempatan turut tumpang bangga dengan pencapaian duo fesyen ternama itu.

Artikel Berkaitan: