Melaka mohon peruntukan bina jambatan

Ab Rauf (dua dari kiri) ketika meninjau keadaan jambatan runtuh di Kampung Setulang Daeng, di Melaka pada Isnin.
Ab Rauf (dua dari kiri) ketika meninjau keadaan jambatan runtuh di Kampung Setulang Daeng, di Melaka pada Isnin.
A
A
A

MELAKA. - Kerajaan negeri akan memohon peruntukan kerajaan Persekutuan bagi membina jambatan awam baharu menggantikan jambatan lama berusia 25 tahun yang telah runtuh di Pulau Gadong.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, biarpun jambatan itu tidak boleh dilalui kenderaan berat, namun digunakan lebih 5,000 penduduk di Pulau Gadong dan Klebang untuk ke bandar.

"Kerajaan negeri prihatin tentang masalah rakyat ini dan saya sedang mencari jalan yang terbaik untuk dapatkan peruntukan bina semula jambatan baharu.

"Jambatan ini dahulunya dibina oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) atas kepentingan untuk menyelesaikan masalah banjir dan hakisan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan jambatan runtuh di Kampung Setulang Daeng, di sini, pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata, bagi menangani masalah aktiviti harian penduduk yang terjejas ekoran jabatan runtuh, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membina jambatan alternatif sebagai laluan sementara.

Menurutnya, akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan permasalahan tersebut sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan dalam masa terdekat.

"Kita akan cuba dapatkan jambatan sementara yang akan diusahakan oleh pihak JKR untuk memudahkan penduduk di Klebang dan Pulau Gadong untuk ke bandar," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: