Sanusi dakwa 4 negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.
Sanusi berkata, larangan itu termasuk bagi Exco sukan di negeri pembangkang yang tidak akan mempengerusikan Hari Sukan Negara peringkat negeri seperti sebelum ini.
Sebaliknya kata beliau, pelaksanaan program itu akan diserahkan kepada Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan program berkenaan di negeri pembangkang.
"Tapi depa nak pakai DO (pegawai daerah) di peringkat daerah, Exco sukan depa tak mau pakai, DO depa nak, nampak tak?