Pegawai imigresen bersyukur bebas tuduhan seludup migran

Haris Fadzilah dan Noryati bersyukur dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menjalankan penyeludupan migran tiga tahun lalu.
Haris Fadzilah dan Noryati bersyukur dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menjalankan penyeludupan migran tiga tahun lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Johor yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menjalankan penyeludupan migran tiga tahun lalu bersyukur dengan keputusan berkenaan.

Menurut Noryati Abu Bakar, 53, keputusan itu memang dinantikannya sejak tiga tahun lalu dengan penuh debaran.

Katanya, sebaik Hakim memutuskan dia dan seorang lagi pegawai kanan JIM, Haris Fadzilah, 51, tidak bersalah, ia memberikan satu kelegaan yang cukup besar kepadanya.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT atas keputusan hari ini (Isnin) yang membuktikan saya dan Haris tidak bersalah.

"Saya juga berharap keputusan ini boleh diterima semua, saya sangat bersyukur," katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Noryati dan Haris Fadzilah bersama tiga yang lain didakwa menjalankan penyeludupan terhadap lapan migran warga Indonesia di Lot 21, Jalan Feri, di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini, sekitar 12 tengah hari, 15 Jun 2020.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya, Noor Hayati berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Haris berkata, dia merasakan dirinya teraniaya dalam kes terbabit kerana memang tidak tahu langsung berhubung perkara tersebut.

"Rasa teraniaya macam ni bila berlaku something (sesuatu) yang tak sepatutnya... saya tak tahu apa benda pun, tiba-tiba saya kena.

"Nama baik saya tercemar. Namun saya sangat bersyukur dengan keputusan Mahkamah hari ini (Isnin)," katanya.