5 rakan bebas tuduhan bunuh remaja enam tahun lalu

Kesemua tertuduh bergambar bersama peguam mereka selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan dan melepaskan mereka daripada pertuduhan membunuh seorang remaja pada 2017.
Kesemua tertuduh bergambar bersama peguam mereka selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan dan melepaskan mereka daripada pertuduhan membunuh seorang remaja pada 2017.
A
A
A

GEORGE TOWN - [DIKEMAS KINI] Lima rakan dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di atas dua pertuduhan iaitu mencederakan dan membunuh seorang remaja lelaki enam tahun lalu.

V Sharmah, 24; J Ragesuthen, 24; K Tatisan, 23; serta dua beradik, S Gokulan, 24; dan S Gopinath, 32, dibebaskan selepas didakwa secara bersama menyebabkan kematikan T Nhaveen pada Jun 2017.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Radzi Hamid pada Selasa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.

Radzi telah melepaskan kelima-lima tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Selain itu, dalam prosiding penghakimannya, Radzi juga menyatakan terdapat percanggahan dalam keterangan saksi dan selain saksi tidak boleh dipercayai.

Radzi juga berkata, memandangkan keterangan salah seorang saksi yang juga rakan mangsa, T Previin didapati tidak boleh dipercayai dan ditolak sepenuhnya dalam kes pembunuhan, maka keterangannya untuk kes serangan juga tidak boleh diterima.

Sharmah diwakili peguam Manveer Singh Dhillon, manakala Gokulan, Gopinath dan Ragesuthen diwakili Datuk Naran Singh.

Sementara itu, Tatisan diwakili peguam S Yagoo.

Artikel Berkaitan:

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Azhar Hamzah.

Susulan keputusan itu dibacakan Radzi, kelihatan ahli keluarga kesemua tertuduh menangis kegembiraan dan berpelukan antara satu sama lain.

Pada 19 Jun 2017, lima tertuduh Ragesuthen, Gokulan, Gopinath serta Sharmah dan Tatisan yang ketika itu masih di bawah umur dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Nhaveen, 18.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kesemua tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa.

Mereka turut didakwa menyerang rakan mangsa, Previin berhampiran Karpal Singh Learning Centre, Bukit Gelugor antara jam 11 malam hingga tengah malam di lokasi dan hari yang sama.

Sebelum ini, media melaporkan, Nhaveen dan Previin telah dipukul oleh sekumpulan lelaki namun kedua-duanya berjaya melarikan diri untuk mendapatkan bantuan.

Nhaveen kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di padang bersebelahan Jalan Kaki Bukit di Bukit Gelugor.

Dia kemudiannya disahkan mati otak dan meninggal dunia akibat kecederaannya lima hari kemudian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!