105 pelajar asnaf, B40 terima bantuan awal pengajian YBR

Wilfred (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah penghargaan kepada Philip pada Majlis Perasmian Bantuan Awal Pengajian YBR di Dewan jubli Emas, Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Sabah.
Wilfred (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah penghargaan kepada Philip pada Majlis Perasmian Bantuan Awal Pengajian YBR di Dewan jubli Emas, Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Sabah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 105 pelajar dalam kalangan asnaf dan B40 di Tuaran, Sabah menerima bantuan awal pengajian daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Pengerusinya, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, inisiatif bantuan tunai itu diberikan bagi mengurangi bebanan kos sara hidup semakin meningkat akibat daripada kemelesetan ekonomi terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

"Objektif YBR ini adalah untuk memberikan bantuan kewangan kepada penerima yang layak untuk permulaan semester atau menyediakan peralatan pengajian diperlukan kepada golongan berkenaan.

“Bantuan awal pengajian berkenaan juga mendapat kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran dan Kelab Masyarakat Prihatin Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Majlis Perasmian Bantuan Awal Pengajian YBR disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau di Dewan jubli Emas, Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Sabah.

Beliau turut berharap usaha tersebut dapat diteruskan kerana masih ramai yang memerlukan bantuan sebagai persediaan dalam memulakan atau menyambung pengajian sedia ada.

“Selain dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh keluarga di kawasan luar bandar.

“Saya amat terharu dan berterima kasih di atas bantuan yang diberikan oleh YBR dalam membantu golongan kurang bernasib baik khususnya kepada pelajar di Tuaran untuk mendapatkan pendidikan lebih baik, secara tidak langsung meningkatkan sosioekonomi mereka,” ujar Wilfred.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, salah seorang penerima, Nur Adila Awang Tahir, 20, berkata, bantuan itu bermakna buatnya kerana dapat membeli peralatan untuk semester baru tanpa perlu menyusahkan keluarga.

Bagi pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Aliyah Allisyah Azmin, 20, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban dari segi kewangan untuk membeli buku rujukan semester yang akan bermula tidak lama lagi.