DUN Kelantan bersidang hujung November, bentang Belanjawan 2024

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka berlangsung hujung November ini bagi membentangkan Belanjawan 2024.

Perkara tersebut disahkan oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah ketika ditemui pemberita pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu berkata, semasa sidang berkenaan nanti, ada satu atau dua rang undang-undang bakal dibentangkan.

"Bagaimanapun, setakat ini kita belum mempunyai tarikh sebenar untuk perkara itu," katanya.

Menurut beliau, perkara itu akan dimaklumkan kemudian selepas mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri.

Ujarnya, kebiasaan amalan selepas pilihan raya dimulakan dengan perasmian Sidang DUN pertama yang akan dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kelantan.

"Namun mengambil kira faktor cuaca mesyuarat memutuskan perasmian dibuat pada Mac tahun hadapan," katanya.

Artikel Berkaitan: