Izara Aishah selamat lahirkan anak kedua

KUALA LUMPUR - Pelakon jelita, Izara Aishah dan suami, Adib Khalid berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi kedua mereka.Berita gembira itu disahkan Adib menerusi ruangan komen dalam Instagram milik isterinya pada Jumaat.“Alhamdulillah, menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami. Terima kasih semua untuk doa-doa kalian,” katanya.
Menerusi hantaran sama, menantu penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memuat naik video Adib sedang memangku bayi perempuan yang baru dilahirkan sambil diperhatikan anak pertamanya, Irisa Alaia.Bagaimanapun, Izara tidak memperincikan butiran kelahiran puteri keduanya itu termasuk tarikh bersalin.
Terdahulu, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memaklumkan bakal melahirkan cahaya mata kedua pada awal Oktober.Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 3. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Pelakon Cico Harahap meninggal dunia di hospital
08 November 2026 02:03pmAliff Syukri mohon maaf, akui kekhilafan ketika baca surah al-Fatihah
07 November 2026 09:24pmAtisha Khan umum cerai, ikatan empat tahun terlerai
07 November 2026 06:43pmNilam Ortiz guna wang sendiri, tubuh yayasan bantu golongan teraniaya
06 November 2026 03:05pmDatuk bandar mengamuk, dua doktor 'berasmara' dalam bilik berkunci ketika hospital sibuk
08 November 2026 07:15amPelajar UPNM bawa bapa hidap kanser tinggal di kampus
08 November 2026 07:30amLelaki bunuh isteri, enam ahli keluarga mangsa termasuk ibu mentua
08 November 2026 08:15amSerangan siber: 'Sudah seminggu kami 'berkampung', berjaga-jaga demi negara'
08 November 2026 08:21am- Iklan -- Iklan -
