Maldives kutuk serangan tentera Israel ke atas orang awam di Gaza

Asap menjulang tinggi semasa serangan Israel terhadap Gaza City. - Foto: AFP
Asap menjulang tinggi semasa serangan Israel terhadap Gaza City. - Foto: AFP
A
A
A

NEW DELHI - Kerajaan Maldives mengecam Israel kerana mengarahkan lebih sejuta orang awam Palestin meninggalkan kediaman mereka di Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan kerajaan Maldives pada Jumaat, tindakan Israel di Palestin secara terang-terangan mencabul undang-undang antarabangsa dan merupakan jenayah perang.

"Kerajaan Republik Maldives sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel yang berterusan terhadap orang awam yang tidak bersalah di Semenanjung Gaza dan tuntutan tentera Israel agar 1.2 juta orang awam di utara Gaza berpindah ke bahagian selatan dalam tempoh 24 jam.

"Tanpa jaminan keselamatan ini akan dianggap sebagai jenayah perang pemindahan secara paksa," menurut kenyataan itu.

Serangan sembarangan tentera Israel telah meragut nyawa ribuan orang awam Palestin yang tidak bersalah, termasuk wanita dan kanak-kanak selain mencederakan ribuan lagi.

Selain itu, serangan berkenaan juga telah memusnahkan infrastruktur kritikal termasuk hospital dan sekolah, kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bangunan kediaman dan tempat ibadat. - Bernama

Artikel Berkaitan: