Bersatu kecam intimidasi, ugutan terhadap ahli Parlimen

Bersatu dalam satu mesyuarat pagi Jumaat.
Bersatu dalam satu mesyuarat pagi Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengecam intimidasi dan ugutan yang dilakukan pihak berkuasa ke atas sesiapa sahaja termasuk ahli Parlimen.

Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Wan Saifulruddin Wan Jan berkata, ahli Parlimen parti itu sebulat suara menyatakan sokongan penuh kepada Perikatan Nasional (PN), selaras menafikan propaganda musuh berkenaan hal tersebut.

“Pagi tadi kami bermesyuarat dan mendapat taklimat terkini daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Mesyuarat turut menyentuh mengenai isu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sinar Harian pada 12 Oktober lalu melaporkan, wakil rakyat daerah itu, membuat keputusan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada Khamis.

Menurut Iskandar, keputusan itu dibuat selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Artikel Berkaitan: