Kerajaan tanggung kos ujian memandu golongan kurang mampu

Kerajaan bersetuju meneruskan bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu. - Gambar hiasan
Kerajaan bersetuju meneruskan bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebahagian pendapatan yang diraih hasil penjualan nombor plat khas akan dimanfaatkan untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

“Kerajaan juga akan menyediakan 100,000 topi keledar termasuk untuk kanak-kanak dan diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu.

“Seterusnya, Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan ikhtiar FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu berkata, tahun hadapan ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu terutama di Sabah dan Sarawak.

Artikel Berkaitan: