150 pengunjung Bukit Bendera terkandas

Antara pengunjung yang terkandas di Bukit Bendera.
Antara pengunjung yang terkandas di Bukit Bendera.
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Seramai 150 pengunjung termasuk warga emas dan kanak-kanak terkandas apabila perkhidmatan kereta api di pusat peranginan Bukit Bendera, Air Itam di sini terhenti akibat masalah teknikal di Stesen Tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan pada jam 8.26 malam sebelum sepasukan anggota penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, sehingga kini usaha untuk membawa turun mangsa yang terkandas sedang dilakukan dan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

Petang tadi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat The Habitat antara destinasi tarikan di Bukit Bendera.

Seri Paduka berdua menaiki funikular ke stesen atas puncak Bukit Bendera pada jam 4.30 petang diiringi Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan isteri, Tan Lean Kee serta Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Datuk Cheok Lay Leng.

Bagaimanapun, rombongan Seri Paduka selamat turun dari puncak Bukit Bendera kira-kira jam 7 petang tadi.

Antara pengunjung yang terkandas di Bukit Bendera.
Antara pengunjung yang terkandas di Bukit Bendera.

Artikel Berkaitan: