Pengecualian denda lewat bayar cukai tanah berakhir 16 Oktober

Hamdan meminta orang ramai segera membayar cukai tanah kerana insentif pengecualian denda lewat berakhir pada Isnin ini.
Hamdan meminta orang ramai segera membayar cukai tanah kerana insentif pengecualian denda lewat berakhir pada Isnin ini.
A
A
A

KUANTAN - Orang ramai masih berpeluang melunaskan cukai tanah masing-masing tanpa dikenakan denda melalui insentif pengecualian denda lewat bermula 22 Julai lalu dan berakhir Isnin ini.

Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang, Datuk Hamdan Husin berkata, usaha itu dilakukan oleh kerajaan Pahang bagi menggalakkan lebih ramai rakyat di negeri ini membayar cukai.

"Tempoh tawaran itu berbaki lima hari lagi dan semua pemilik tanah yang masih belum melunaskan cukai tanah diminta untuk merebut peluang ini.

"Mereka boleh membuat pembayaran sama ada secara fizikal di kaunter hasil PTG Pahang, PDT (Pejabat Daerah dan Tanah), UTC (Pusat Transformasi Bandar) Kuantan dan secara dalam talian melalui aplikasi PahangGo atau laman web Pejabat PTG Pahang menggunakan gateweay FPX," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar berkenaan promosi insentif pengecualian denda lewat bayaran cukai tanah di Bilik Delima PTG Pahang di sini pada Khamis.

Hamdan memaklumkan orang ramai perlu menjelaskan tunggak cukai tanah terlebih dahulu sekiranya mahu membuat permohonan lesen baharu atau memperbaharui lesen perniagaan.

Jelasnya, pemohon juga perlu melampirkan bersama-sama resit cukai tanah tahun semasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membolehkan permohonan dibuat dipertimbangkan untuk kelulusan.

Selain itu, tambah beliau, pihaknya turut bekerjasama dengan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam usaha untuk menyebarluaskan kepentingan membayar cukai.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, mesej peringatan pada ruangan bil air akan dipapar bagi meningkatkan kesedaran mereka untuk menjelaskan cukai tanah.

"Perkataan 'Sila Jelaskan Cukai Tanah Anda Sebelum 31 Mei Setiap Tahun” akan dicetak di ruangan makluman bil air," ujarnya.