Orang ramai berpeluang namakan tiga anak gajah Pygmy

Anak gajah Pygmy belum dinamakan dan orang ramai berpeluang untuk memberi cadangan nama yang sesuai.
Anak gajah Pygmy belum dinamakan dan orang ramai berpeluang untuk memberi cadangan nama yang sesuai.
A
A
A
KOTA KINABALU - Orang ramai berpeluang menamakan tiga anak gajah Pygmy yang baru lahir menerusi Kempen Menamakan Anak Gajah sempena Hari Gajah Sedunia di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

Orang ramai boleh mencadangkan nama tiga anak gajah itu melalui platform Facebook Taman Hidupan Liar Lok Kawi sehingga 8 Ogos depan dan tiga pemenang akan diumumkan dalam masa seminggu selepas kempen berakhir.

Kurator Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Maryati Abdullah Lakim berkata, Taman Hidupan Liar Lok Kawi dengan kerjasama Borneo Behavior Solution (BBS) telah menyusun program berkenaan berikutan gajah betina yang berada di taman itu telah melahirkan seekor anak gajah pada hujung tahun lalu dan dua ekor lagi pada tahun ini.

Katanya, sehingga hari ini, belum ada nama diberikan kepada ketiga-tiga anak gajah tersebut.

Orang ramai boleh mencadangkan nama tiga anak gajah itu melalui platform Facebook Taman Hidupan Liar Lok Kawi sehingga 8 Ogos depan
Orang ramai boleh mencadangkan nama tiga anak gajah itu melalui platform Facebook Taman Hidupan Liar Lok Kawi sehingga 8 Ogos depan

"Penamaan anak gajah sempena Hari Gajah Sedunia diadakan bagi menggalakkan penyertaan orang awam untuk mewujudkan rasa 'sense of belonging' dan meningkatkan kesedaran awam untuk melindungi hidupan liar di Sabah.



"Program ini bersesuaian dengan tema Hari Gajah Sedunia tahun ini iaitu 'Melindungi habitat gajah untuk hari esok yang mapan'," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, pihak taman berharap melalui kempen ini akan menarik lebih ramai untuk terus 'like', 'share' dan 'follow' laman Facebook Taman Hidupan Liar Lok Kawi kerana pelbagai aktiviti pendidikan, usaha konservasi serta video kesedaran akan dikongsikan melalui paltform tersebut.

"Tujuannya supaya masyarakat awam melakukan tanggungjawab bersama untuk membuat sebaran secara meluas tentang nilai dan kepentingan hidupan liar di negeri ini.

"Selain itu, laman sosial ini dapat membantu menarik lebih ramai pengunjung untuk datang dan merasai sendiri pengalaman sebenar melihat spesies hidupan liar yang terdapat di taman tersebut melalui pelbagai aktiviti seperti persembahan haiwan, program cuti sekolah dan lain-lain," katanya.

Sementara itu, Pengurus BBS Kenneth Maluda berkata, pihaknya akan terus membantu Jabatan Hidupan Liar (JHL) dalam menjayakan setiap program yang dilaksanakan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi dari segi idea, teknikal dan sumber manusia.