Isu Dong Zong: Gunakan perbincangan meja rundingan

Shamsul Iskandar (tengah) mnyampaikan baucar kepada salah seorang penerima ketika program ‘Back To School’ anjuran Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Rim di Kompleks JAPERUN Rim, Bandar Baru Jasin di sini hari ini.
Shamsul Iskandar (tengah) mnyampaikan baucar kepada salah seorang penerima ketika program ‘Back To School’ anjuran Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Rim di Kompleks JAPERUN Rim, Bandar Baru Jasin di sini hari ini.
A
A
A

JASIN - Penganjur kongres Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) wajar membuat perundingan bagi menyatakan pandangan masing-masing berhubung isu pendidikan.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, medium berkenaan dilihat lebih relevan dan menjadi asas kefahaman serta muafakat dalam kepelbagaian kaum di negara ini.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak menghalang jika tujuan kongres itu membahaskan isu pendidikan bertepatan dengan pendekatan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melakukan libat urus menerusi kerjasama dengan semua pihak dan melibatkan pertubuhan bukan kerajaan.

"Apa yang dibimbangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu bersebab kerana tidak mahu sebarang isu dipolitikkan pihak tertentu sehingga mencetuskan natijah yang tidak baik penduduk.

“Kita wajar tahu apa tujuan kongres. PKR adalah parti memperjuangkan kepelbagaian kaum sudah tentu tidak mempunyai masalah terhadap mana-mana kumpulan untuk bersidang memberikan pandangan asalkan tindakan itu tidak disalah erti dan memasuki perangkap dalam permainan pihak tertentu," katanya.

Shamsul Iskandar berkata demikian selepas menyempurnakan program ‘Back To School’ anjuran Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Rim di Kompleks JAPERUN Rim, Bandar Baru Jasin di sini hari ini.

Terdahulu Dr Mahathir menyatakan kebimbangan dengan tindakan Dong Zong mengadakan kongres akan menyebabkan pihak tertentu bertindak balas.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Industri Utama berkata, perspektif parti itu tiada paksaan untuk pembelajaran jawi dan berpendapat wajar untuk pelajar diberi pengetahuan mengenai penulisan bahasa lain seperti Mandarin, selain tulisan Arab dan jawi yang bersesuaian mengikut ketamadunan sekarang.

Artikel Berkaitan:

"Sudah sampai masa anak-anak kita di sekolah mempelajari bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan hal itu harus diberikan panduan supaya hal-hal ini dijadikan kepada sesuatu yang akan menambah baik sistem pendidikan negara.

"Misalnya di Indonesia ada sekolah aliran kerajaan yang telah mula belajar bahasa Mandarin dan kita jangan ke belakang, cukuplah kita mainkan polemik tulisan jawi, negara bergerak ke hadapan dengan wawasan untuk menjadikan Malaysia baharu kepada lebih baik," katanya.

Shamsul yang juga Penyelaras Parlimen Jasin sebelum itu menyampaikan baucar bernilai RM80 kepada 400 pelajar di parlimen itu.

Menurutnya, sumbangan pakaian sekolah ditukar kepada baucar bagi menambahbaik sistem pemberian itu sekali gus memudahkan ibu bapa.

"Saya yakin ibu bapa boleh mendapatkan lebih banyak barang melalui baucar dan tidak tertumpu kepada pakaian sahaja," katanya.