Penutupan penuh Gaza cabul undang-undang antarabangsa - PBB

Volker Turk - Foto EPA
Volker Turk - Foto EPA
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam keputusan Israel menghentikan semua penghantaran makanan, air, elektrik dan bahan api ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ia dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menafikan orang daripada apa yang mereka perlukan untuk hidup, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk di Geneva pada Selasa.

"Perintah kepungan yang membahayakan nyawa orang awam dengan tidak membenarkan barangan penting untuk kelangsungan hidup mereka adalah dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

"Sebarang sekatan ke atas pergerakan orang dan barangan untuk melaksanakan kepungan mesti dibuktikan oleh keperluan ketenteraan atau sebaliknya boleh dikenakan hukuman kolektif," katanya. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan: