PBB digesa main peranan henti serangan Israel ke atas Palestin

Orang ramai mengibarkan bendera Palestin semasa perhimpunan menyokong rakyat Palestin di Pennsylvania Avenue di luar Rumah Putih, Washington DC, Amerika Syarikat pada Ahad. - Foto EPA (Gambar kecil: Hasnul Haniff)
Orang ramai mengibarkan bendera Palestin semasa perhimpunan menyokong rakyat Palestin di Pennsylvania Avenue di luar Rumah Putih, Washington DC, Amerika Syarikat pada Ahad. - Foto EPA (Gambar kecil: Hasnul Haniff)
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa masyarakat dunia mengekspresikan secara jelas solidariti, dukungan dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin terhadap konflik yang kian memuncak di antara Palestin dan Israel di Semenanjung Gaza.

Setiausaha Agungnya, Hasnul Haniff Harun berkata, dunia perlu mengakui dasar kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin selama lebih 70 tahun menjadi punca konflik tersebut termasuk ‘Operasi Taufan Al-Aqsa”.

Menurutnya, penjajahan berterusan, peluasan penempatan haram dan penafian hak kemanusiaan Palestin serta provokasi bersistematik di Al-Aqsa menyebabkan jutaan nyawa rakyat Palestin terkorban.

“MBM menggesa campur tangan segera dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melindungi nyawa orang awam yang tidak berdosa serta memainkan peranan proaktif menghentikan serangan ini

“Masyarakat dunia perlu memperakui dan mempertahankan hak rakyat Palestin dan kedaulatan tanah air mereka. Rakyat Palestin berhak hidup aman berdasarkan persempadanan yang diiktiraf pra-1967," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, hak kemanusiaan perlu dipertahankan khususnya golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas.

“Kami menggesa pemimpin-pemimpin utama dunia untuk terus memberikan tekanan kepada rejim Zionis melalui perundingan saluran diplomasi PBB serta menyatakan sokongan penuh kepada rakyat Palestin.

“Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra juga telah menyatakan solidari bersama Palestin.

Artikel Berkaitan:

"Sehubungan itu, MBM menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum untuk sama-sama bersatu nyatakan sokongan kepada rakyat Palestin atas dasar kemanusiaan sejagat,” ujarnya.