Sultan Nazrin Shah tiba untuk Majlis Penutup Sidang Kemuncak KL

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pagi ini bagi menyempurnakan Majlis Penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019. - Foto Bernama
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pagi ini bagi menyempurnakan Majlis Penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pagi ini bagi menyempurnakan Majlis Penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019.

Keberangkatan tiba baginda disambut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta beberapa menteri Kabinet.

Dr Mahathir yang juga pengerusi sidang kemuncak berkenaan akan menyampaikan ucapan penutup pada majlis tersebut.

Sidang kemuncak empat hari itu bertujuan untuk menangani dan mencari penyelesaian isu-isu mengenai umat Islam yang boleh dilaksanakan, memasuki hari terakhirnya hari ini selepas pelbagai perbincangan melalui forum.

Perbincangan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama iaitu pembangunan negara dan kedaulatan, integriti dan tadbir urus yang baik, budaya dan identiti, keadilan dan kebebasan, keamanan, keselamatan dan pertahanan, perdagangan dan pelaburan serta teknologi dan tadbir urus Internet.

Kira-kira 450 perwakilan terdiri daripada pemimpin dunia, pemikir, intelektual, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan dari 56 negara menghadiri sidang kemuncak yang bertemakan 'Peranan Pembangunan Dalam Akses Kedaulatan Negara'.

Pemimpin yang hadir pada sidang kemuncak itu termasuk Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran, Hassan Rouhani. - Bernama

Artikel Berkaitan: