X

Kindly register in order to view this article
!

Pasukan keselamatan siasat insiden bot Kastam ditembak di Semporna

Laporan Sinar Harian semalam.
A
A

LAHAD DATU - Pasukan keselamatan sedang menyiasat insiden bot Jabatan Kastam Diraja Malaysia dinaiki lima anggota penguat kuasa yang melakukan rondaan di perairan Semporna ditembak kumpulan penyeludup semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali berkata, kesemua penguat kuasa Kastam berkenaan sedang menjalankan rondaan operasi sebelum bot mereka ditembak oleh sekumpulan individu yang menaiki bot laju.

"Ketika kejadian, dianggarkan 50 das dilepaskan dalam kejadian berbalas tembakan antara anggota Kastam dan seorang daripada kumpulan penyeludup itu.

"Bagaimanapun tembakan penyeludup ke arah bot Kastam tidak mengenai bot itu dan kesemua anggota Kastam tidak cedera," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Hazani berkat,a kumpulan penyeludup berkenaan kemudian meloloskan diri dengan memasuki perairan Filipina.

Semalam, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat mengesahkan kejadian bot Kastam ditembak di perairan Semporna.

Kejadian itu dipercayai berlaku di perairan Pulau Mataking pada 5.30 petang membabitkan kes penyeludupan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!