Lapan bom lama ditemui di Pelabuhan Darat Terminal Kargo Ipoh

Kesemua bom berjaya diletupkan di sebuah kawasan kuari di Lahat petang tadi.
Kesemua bom berjaya diletupkan di sebuah kawasan kuari di Lahat petang tadi.
A
A
A

IPOH - Bukan satu, tetapi lapan butir bom lama peninggalan perang dunia kedua ditemukan di sekitar kawasan Pelabuhan Darat Terminal Kargo Ipoh di Jalan St John hari ini.

Penemuan sekitar jam 2.45 petang itu dimaklumkan oleh penyelia sebuah syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, kerja-kerja penyelenggaraan awal dilakukan syarikat itu hanya menemui empat objek besi menyerupai bom lama.

Menurutnya, Unit Persenjataan dan Unit Pemusnah Bom (UPB) yang bergegas ke lokasi telah mengenal pasti objek itu sebagai bom lama.

Lapan butir bom lama peninggalan perang dunia kedua ditemukan di sekitar kawasan Pelabuhan Darat Terminal Kargo Ipoh hari ini.
Lapan butir bom lama peninggalan perang dunia kedua ditemukan di sekitar kawasan Pelabuhan Darat Terminal Kargo Ipoh hari ini.

"Anggota UPB kemudiannya menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah di sekitar kawasan itu dan berjaya menemukan empat lagi bom lama menjadikan jumlah keseluruhan lapan butir bom.

"Daripada penemuan ini, kita syaki kawasan ini pernah dijadikan tempat penyimpanan milik tentera Jepun ketika perang dunia lalu," katanya.

Beliau berkata, kesemua bom berkenaan telah pun diletupkan di sebuah kawasan kuari di Lahat petang tadi.

Artikel Berkaitan:

"Kawasan penemuan telah disahkan selamat dan orang ramai tidak perlu khuatir sekiranya perlu melalui kawasan berkenaan," katanya.